Isu Semasa Pemuda: UMNO Pilihanku
Posted on Friday, February 05 @ 23:12:02 MYT
Topic: Berita / Isu Semasa




Oleh Adnil Mohd

Jerlun, 5 Feb – Bertemakan “UMNO Pilihanku” Pemuda UMNO hari ini melancarkan kempen penambahan ahli dan daftar pemilih dalam usaha meluaskan jangkauan di kalangan generasi muda dan memantapkan gagasan perjuangan murni parti.


Bertempat di Kota Siputeh, Kedah, seluruh jentera Pemuda bertekad untuk menjayakan inisiatif berkenaan dengan mendekati golongan muda agar mereka terus bersama di dalam parti keramat tersebut.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal dan Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir turut menyuntik semangat kepada gerak kerja proaktif Pemuda yang diterajui  Khairy Jamaluddin itu.

Shafie ketika melancarkan kempen itu, berkata gerak kerja “UMNO Pilihanku” menunjukkan UMNO sentiasa prihatin dan mendekati golongan muda yang merupakan aset penting pembinaan negara.

Menurut beliau penerangan serta penjelasan tentang UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang telah banyak berjasa dan sentiasa menjadi wadah paling berkesan berkhidmat kepada negara perlu dipertingkatkan agar mereka dapat memahami dengan lebih mendalam. Wajarlah mereka menjadikan “UMNO Pilihanku”.

"Kita perlu jelaskan kepada mereka yang kita hanya ada satu pilihan sahaja iaitu BN. Cuba kita tengok apa yang pembangkang mampu buat setelah mereka mendapat kuasa. Sebelum menang, pelbagai janji manis dibuat tetapi setelah menang, “neraka” yang menjelma.

"Saya katakan begitu kerana mereka tidak mampu membawa sebarang perubahan. Cuba tengok apa yang berlaku di Pulau Pinang hari ini. Begitu juga di Kedah, Selangor termasuk negeri lain yang dikuasai parti pembangkang.

"Soal pendidikan, peluang pekerjaan serta pembangunan lain tidak menampakkan sebarang perubahan. Justeru langkah Pemuda hari ini adalah satu langkah tepat untuk menarik lebih ramai golongan muda bersama kita dalam usaha mempertahankan UMNO dan BN sebagai pembela rakyat," katanya.

Pada program berkenaan, lebih 1,000 warga Pemuda serta penduduk kampong setempat membanjiri Padang Simpang Empat, Kerpan, dekat sini.

Turut hadir, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan dan Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim serta barisan pimpinan UMNO dan Pemuda yang lain.

Beliau seterusnya berharap momentum yang telah digerakkan oleh sayap itu menjadi titik permulaan untuk terus bekerja keras dalam usaha merampas kembali Kedah tersebut pada pilihan raya umum nanti.

Khairy berkata slogan “UMNO pilihanku” bagi kempen penambahan ahli dan daftar pemilih pergerakan itu adalah sejajar dengan khidmat dan jasa parti berkenaan.

Katanya, UMNO sejak dari dahulu amat peka kepada generasi muda selain membawa pembangunan kepada golongan berkenaan.

"Selepas ini kempen penambahan ahli dan daftar pemilih akan bergerak ke seluruh negara. Justeru saya amat berharap seluruh warga Pemuda di semua peringkat dapat memainkan peranan untuk meningkatkan keahlian kita melepasi jumlah keahlian baru iaitu melebihi 25,000," katanya.

Pada ucapan itu itu juga, Khairy turut mengumumkan mana-mana Pemuda bahagian  yang yang mencatat peratusan keahlian pemilih baru yang tertinggi akan mendapat ganjaran sebanyak RM10,000 pada perhimpunan agung tahun ini.

"Kita juga akan turut memberi ganjaran sebanyak RM10,000 kepada mana-mana Pemuda bahagian yang mencatat peratus penambahan tertinggi," katanya.


 
· More about Berita / Isu Semasa
· News by admin


Most read story about Berita / Isu Semasa:
Pemuda, PPIM Edar Senarai Produk Belanda Untuk Diboikot



 Printer Friendly Printer Friendly




Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (UMNOYOUTH), Hakcipta Terpelihara.
All logos and trademarks in this site are property of their respective owner.
The comments are property of their posters, all the rest by Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia