Month: January 2016

  • Kena Pada Kamu….”Resign”… Kena Pada Aku…Dicalonkan!!

    Kena Pada Kamu….”Resign”… Kena Pada Aku…Dicalonkan!!

    Kena Pada Kamu….”Resign”… Kena Pada Aku…Dicalonkan!!

    Bagi memelihara integriti parti dan kerajaan di mata rakyat, mana-mana pemimpin BN/UMNO yang dikaitkan dengan kes salah laku jenayah dan moral, mereka perlulah meletakkan jawatan kerajaan yang dipegang dan menyelesaikan kes masing-masing di Mahkamah terlebih dahulu.

    Related: Pemuda UMNO Kedah Gesa SPRM Mulakan Siasatan Kes Balak Papua New Guinea

    Tujuannya bagi memelihara imej parti dan kerajaan dari dikaitkan dengan salah laku tersebut sepanjang perbicaraan berjalan.

    Jawatan sebagai wakil rakyat itu lain, kerana tidak ada peruntukkan undang-undang yang mewajibkan wakil rakyat yang di dakwa di Mahkamah untuk meletakkan jawatan, melainkan telah didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara melebihi tempoh satu tahun atau denda melebih RM 2,000.

    Inilah amalan UMNO/BN sejak zaman berzaman, melihat kepada beberapa kes antaranya melibatkan bekas Menteri Besar Selangor (kes bawa wang keluar), bekas Ketua Menteri Melaka (dakwaan rogol) dan beberapa orang lagi. Kesemua mereka meletakkan jawatan untuk menghadapi kes mereka di Mahkamah.

    Malah ada juga Menteri Kabinet yang terpaksa meletakkan jawatan berikutan suaminya menghadapi pertuduhan menyeleweng pinjaman mudah yang diberikan kerajaan berhubung satu projek penternakan lembu.

    Macam itu sekali UMNO/BN memelihara intergriti parti dan kerajaan dari salah laku yang mungkin dilakukan pemimpinnya, termasuk ahli keluarga mereka.

    Pembangkang bila tahu konsep yang macam itu diamalkan BN, mereka melebih-lebih pulak. Baru dengar dakwaan hearsay sana sini, dah disuruhnya pemimpin kerajaan yang berkenaan meletakkan jawatan, walhal tidak ada pertuduhan di Mahkamah pun sampai sudah.

    Related: Pemuda Perlu Tangkis Dakyah Pembangkang Putar Belit Isu Hak Sabah, Kata Salleh

    Sedangkan dalam masa yang sama, bila perkara serupa berlaku dalam parti mereka, lagi orang itu dihadapkan ke Mahkamah (apatah lagi disabitkan dengan kesalahan), lagilah hebatlah orang itu diarak menjadi pemimpin sehingga ke tahap jadi Perdana Menteri.

    Kononnya semua dakwaan dan tuduhan tersebut adalah fitnah walaupun beberapa mahkamah dah sahkan yang perkara itu memang berlaku.

    Dalam kes Anwar Ibrahim, dia sekarang sedang menghadapi proses rayuan oleh pendakwaraya di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi membebaskannya dari dakwaan kes liwat pada Januari 2012, yang mana kalau didapati bersalah, dia akan dijatuhkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan jawatannya sebagai wakil rakyat akan gugur secara automatik.

    Sebelum ini, 10 Mahkamah mengesahkan pembabitan Anwar dalam hubungan seksual termasuk Mahkamah Persekutuan yang membebaskannya dari dakwaan tersebut (teknikal) pada 2004.

    Tapi dengan semua kemungkinan macam itu, pun dia masih ligat mengejar jawatan.

    Tak cukup jadi Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang, dia nak jadi ADUN dan Menteri Besar Selangor pulak dah. Pelik tu,ramai jugak yang menyokong, sungguh penulis tak faham politik apa yang macam ini.

    Masa inilah rakyat perlu menilai perbezaan antara 2 pihak ini, BN dan pembangkang. Pemimpin BN, kita tidak mabuk kuasa, malah kuasa yang ada diagihkan sama rata biar semua merasa.

    Pembangkang, cerita lain, semua orang bodoh, melainkan Anwar Ibrahim, sampaikan nak jadi Menteri Besar Selangor pun kena import juga orang dari Cheruk Tok Kun sana.

    Kalau bersih macam kain putih takpe juga, ini kusut masai macam kain lap pinggan (banyak kes Mahkamah dan salah laku moral).

    Adamyan

  • Polemik Video Teresa Tidak Menyumbang Pembangunan Negara – Khairy

    Polemik Video Teresa Tidak Menyumbang Pembangunan Negara – Khairy

    Polemik Video Teresa Tidak Menyumbang Pembangunan Negara – Khairy

    KUALA LUMPUR 8 Feb – Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menepis dakwaan bahawa pergerakan itu tidak bersuara mengenai polemik isu klip video sempena Tahun Baharu Cina oleh pemimpin DAP, Teresa Kok.

    Menurut beliau Pemuda Wilayah Persekutuan antara yang pertama membuat laporan polis berhubung isu berkenaan dan sewajarnya polemik tersebut tidak seharusnya dibiarkan berlarutan.

    “Secara peribadi ‘bad comedy’……Sepatutnya beliau tidak merakamkan video seperti itu dan bagi saya tindakan untuk minta supaya dia ditampar dan diberikan tawaran wang ringgit untuk ditampar itu pun keterlaluan juga. Ye betul ramai marah…..dua-dua pun salah. Dalam masa yang sama, Pemuda Wilayah antara yang pertama buat laporan polis. Kalau kata Pemuda tak menyuarakan pun tak betul.

    “Ramai yang dah buat laporan polis…kenalah beri penjelasan. Kalau tak benda ini akan berlarutan. Benda ini tidak menyumbang kepada pembangunan negara.

    “Bagi jawapan apa hasil siasatan…jelaskan supaya kita tahu. Sampai tahap ada orang nak ‘sepok’ Teresa, saya tidak setuju….tidak mencerminkan agama Islam dan budaya Melayu. Kalau tanya saya, Teresa Kok punya Video pun tak betul, yang nak buat benda tu pun tak betul. Dua-dua tak betul.,” katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Aspirasi dan Kepimpinan Nasional bertemakan ‘Mengupayakan Generasi Malaysia’ di sini hari ini.

    Lebih 700 peserta yang terdiri daripada mahasiswa dalam dan luar negara serta para belia lain menyertai simposium berkenaan yang kali kedua diadakan. Kali pertama diadakan pada tahun lalu.

    Dalam perkembangan lain, Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata penamaan calon bagi 119 kerusi Parlimen Belia Malaysia (PBM) akan berlangsung akhir bulan ini sementara pengundian pula diadakan Mac ini, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

    Beliau berkata 200,000 belia berusia antara 18 hingga 40 tahun telah berdaftar sebagai pengundi dan proses pengundian itu akan berlangsung selama seminggu.

    “Persidangan pertama PBM dijangka diadakan pada April. Saya harap ramai calon akan bertanding, terutama belia yang tidak pernah terlibat dengan sebarang persatuan. Gunakan medium ini untuk membentuk kepimpinan,” katanya.

  • Kempen Ganas : Pembangkang Ibarat Cuba “Main Batu Sembunyi Tangan”

    Kempen Ganas : Pembangkang Ibarat Cuba “Main Batu Sembunyi Tangan”

    Kempen Ganas : Pembangkang Ibarat Cuba “Main Batu Sembunyi Tangan”

    KUALA LUMPUR, 11 Feb – Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Selangor telah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi sebarang kemungkinan di Pilihan Raya Kecil DUN Kajang dari 11 hingga 23 Mac ini termasuk presidenttoto gerakan-gerakan provokasi yang sememangnya sudah menjadi amalan pihak pembangkang pada setiap pilihanraya kecil yang diadakan.

    Ketuanya, Zainuri Datuk Zainal berkata belum kempen bermula pakatan pembangkang sudah pun mengeluarkan kenyataan-kenyataan direkturtoto berunsur provokasi kononnya Barisan Nasional (BN) dan Pemuda BN sendiri akan membuat keganasan pada tempoh waktu berkempen nanti.

    Related: Pemuda UMNO Kedah Gesa SPRM Mulakan Siasatan Kes Balak Papua New Guinea

    “Kita tak amalkan politik ganas ini, mereka sengaja mereka-reka cerita bahawa BN amal politik ganas ini semata-mata untuk muliatoto mengaburi mata rakyat bahawa BN terdesak untuk menang di DUN Kajang, tetapi kita juga nak beritahu, merekalah yang sebenarnya mengamalkan politik keganasan ini pada PRK atau PRU sebelum ini.

    “Justeru itu, tak payahlah guna taktik politik murahan dengan membuat tuduhan kepada pihak lain sedangkan rekod selama ini mastertoto menunjukkan merekalah yang mengamalkan politik ganas terutama apabila membabitkan PKR. Pada pilihan raya umum lalu, mereka jugalah yang telah menahan bas kilang kononnya membawa pengundi hantu.  Itu belum lagi sepanduk atau bahan kempen yang menjurus kepada unsur provokasi yang melampau” ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Klang.

    Jelas beliau lagi sudah menjadi amalan presidenttoto pakatan pembangkang yang sentiasa melempar tuduhan kepada BN sedangkan merekalah selama ini yang sentiasa mencetuskan suasana tidak tenteram pada setiap pilihanraya diadakan.

    Related: Pemuda Perlu Tangkis Dakyah Pembangkang Putar Belit Isu Hak Sabah, Kata Salleh

    “Kepada pembangkang kita ingatkan mereka usah ‘lempar batu sembunyi tangan’.  Jentera kita sudah bersedia untuk menangkis apa jua taktik kotor mereka di Kajang apatah lagi yang bertanding nanti ketua umum mereka yang cukup terkenal dengan permainan wayangnya. 

    “Kita yakin mereka sudah merancang sesuatu dan kita akan pastikan jentera kita tidak masuk dalam perangkap mereka. ,” tambahnya lagi.