MISI DAN RUKUN PEMUDA
Memenangi Sokongan Generasi Muda Melayu, Cina, India kepada Barisan Nasional
5 Teras Pemuda
- Prinsip
- Inklusif
- Releven
- Proaktif
- Bersatu
PRINSIP
Ini merupakan Rukun yang pertama bagi Pemuda UMNO di atas kepentingan dan keutamaan bagi perjuangan yang bertunjang dan berteraskan prinsip bagi mana-mana entiti politik. Bagi Pemuda UMNO, ia akan tetap berpegang teguh kepada perjuangan asas dan pokok dalam UMNO bagi menegak, mempertahan dan memartabatkan agama, bangsa dan tanah air atau negara, sejajar dan selaras dengan perlembagaan negara, rukun negara, kontrak sosial dan formula perkongsian kuasa di dalam Barisan Nasional.
PERKARA ASAS
- Pemuda UMNO adalah organisasi yang tetap pendiriannya.
- Pemuda UMNO tetap kekal dan kukuh memperjuangkan agama Islam, intitusi raja-raja dan hak-hak keistimewaan orang Melayu sepertimana yang termaktub di dalam Perlembagaan, rukun negara, kontrak sosial dan dan tidak sama sekali lari, luntur atau longlai dari amanah dan tanggungjawabnya.
- Namun Pemuda UMNO juga memperjuangkan kepentingan tanah air dan negara untuk semua, sebagai Pemimpin bagi golongan muda bukan sahaja untuk Melayu, tetapi juga bagi Cina, India dan komuniti lain.
INKLUSIF
Rukun Pemuda yang kedua menetapkan satu piawai dalam pemikiran, pembudayaan, perencanaan serta perlaksanaan aktiviti dan juga program Pemuda UMNO di mana Pemuda UMNO tidak sama sekali boleh bersifat eksklusif, dan hanya meletakkan kepentingan ahli semata-mata. Program Pemuda UMNO harus bersifat inklusif dan menjangkau parti dan batas agama dan bangsa. Ia harus meliputi ahli komponen parti Barisan Nasional yang lain, pihak yang bukan ahli serta segmen generasi muda dari kelompok masyarakat umum.
PERKARA ASAS
- Pemuda UMNO tidak boleh bersifat eksklusif.
- Inklusif dalam pemikiran, pendekatan, perencanaan dan perlaksaan aktiviti.
- Pemuda UMNO juga harus mempunyai pendekatan kumpulan sasaran di mana kumpulan sasaran ini akan dijemput dan diajak bersama.
- Bersedia serta nerfikiran dan bersifat terbuka dalam mendengar pandangan dan teguran dari mana-mana pihak.
RELEVAN
Rukun Pemuda yang ketiga meletakkan tanggungjawab kepada Pemuda UMNO bahawa yang perlu relevan adalah Pemuda UMNO kepada rakyat dan bukannya mengharap dan menetapkan bahawa rakyat yang perlu relevan kepada Pemuda UMNO. Relevan di sini membawa maksud bahawa segala program, medium penyampaian, gaya bahasa, masa, jenis aktiviti dan sebagainya hendaklah relevan dan menepati citarasa golongan yang disasarkan.
PERKARA ASAS
- Pemuda UMNO yang perlu relevan kepada rakyat.
- Perlu mengenalpasti golongan sasaran dan seterusnya profail, citarasa, kehendak dan aktiviti mereka. Maklumat ini bakal membantu Pemuda untuk membuat program atau aktiviti yang sesuai, penggunaan media dan teknologi perhubungan yang selari dengan golongan sasaran (seperti blog, facebook, You Tube, twitter dsb), gaya bahasa yang kontemporari atau yang sejajar dengan mereka dan masa serta tempat program.
PROAKTIF
Rukun ini meletakkan piawai pencapaian dan budaya kerja cemerlang yang amat penting bagi Pemuda UMNO, dimana segala perancangan dan tindakan hendaklah di buat tanpa kebiasaan menunggu-menunggu arahan. Pemuda UMNO perlu menampakkan kepimpinan dalam hal ehlwal kebajikan rakyat dan menjuarai isu tersebut sebelum ia menjadi kronik dan ditawan pembangkang sebagai isu perjuangan mereka.
PERKARA ASAS
- Pemuda UMNO harus sentiasa bersedia dan tidak menunggu-nunggu arahan kepimpinan, terutama dalam perkara kebaikan dan yang menyentuh hal ehwal pembelaan rakyat.
- Budaya kerja cemerlang.
BERSATU
Rukun Pemuda terakhir ini adalah nadi kekuatan dalam Pemuda UMNO. Sepertimana kata cogan kata “bersatu kita teguh bercerai kita roboh”, maka begitulah juga dengan Pemuda UMNO. Sebagai salah satu sayap utama parti yang telah diamanahkan untuk memenangi seluruh golongan muda Malaysia, Pemuda UMNO hendaklah menyahut dan melaksanakan tanggung jawab ini dengan semanat kerjasama, setiakawan dan penyatuan yang tinggi tanpa ada sikap berpuak-puak dan politik yang berpecah-belah.
PERKARA ASAS
- Pemuda UMNO hendaklah bersatu dalam satu barisan di bawah satu kepimpinan.
- Hendaklah meletakkan kepentingan parti dan sayap melebihi kepentingan peribadi.
- Penyatuan hendaklah dizahirkan di setiap peringkat dalam organisasi.