Category: City News

  • Pemuda UMNO Kedah Gesa SPRM Mulakan Siasatan Kes Balak Papua New Guinea

    Pemuda UMNO Kedah Gesa SPRM Mulakan Siasatan Kes Balak Papua New Guinea

    Pemuda UMNO Kedah Gesa SPRM Mulakan Siasatan Kes Balak Papua New Guinea

    ALOR SETAR, 13 Feb – Pergerakan Pemuda UMNO Kedah meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah memulakan siasatan berhubung dakwaan kes penyelewengan pelaburan balak oleh Kerajaan Pas di Papua New Guinea.

    Related: Taib Mahmud Letak Jawatan 28 Feb Ini, Adenan Satem Ketua Menteri Sarawak

    Ketuanya, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata siasatan itu perlu dibuat supaya rakyat Kedah mengetahui intipati berkaitan salah guna kuasa yang berlaku semasa zaman pentadbiran Tan Sri Azizan Abdul Razak sebagai Menteri Besar Kedah.

    Beliau berkata perjumpaan dengan SPRM itu bagi menyahut cabaran Pesuruhjaya Pas Kedah Datuk Mahfuz Omar supaya kerajaan negeri sekarang pimpinan Barisan Nasional dan UMNO mencari sebarang salah laku kuasa semasa Kedah diperintah Pas.

    Related: Pemuda Perlu Tangkis Dakyah Pembangkang Putar Belit Isu Hak Sabah, Kata Salleh

    “Pada 2012, Pemuda Gerakan Kedah telah membuat laporan berkaitan isu balak ini tetapi hingga sekarang masih dalam siasatan, jadi kita minta SPRM ambil tindakan segera berkenaan isu balak di Papua New Guinea yang telah mengalami kerugian sebanyak RM13.49 juta,” katanya kepada pemberita di Pejabat SPRM di sini hari ini.

    Beliau berkata pada 12 Okt 2008, Kedah Corporation Berhad (KCB) anak syarikat milik penuh Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed) telah menandatangani Perjanjian Penjualan Saham dengan MAS Incorporated (Papua New Guinea) Ltd (MAS) dengan membeli 70 peratus saham dalam syarikat tersebut.

    Pada 18 Okt 2012, Pemuda Gerakan Kedah telah meminta menteri besar ketika itu (Azizan) memberi penjelasan berhubung projek pembalakan dan perladangan di Papua New Guinea yang mengalami kerugian kira-kira RM13.49 juta.

    Ketua Pemuda Gerakan Kedah Tan Keng Liang berkata berdasarkan laporan Jabatan Audit Negara (2011), kerajaan Kedah mengalami kerugian dalam projek pembalakan dan perladangan yang didaftarkan di negara itu.

    “Mahfuz berkata tiada sebarang salah laku pada zaman pemerintahan Pas tetapi di sini kita dapat melihat dengan jelas bahawa mereka telah menyalah guna tadbir urus kerana tidak melakukan perbincangan sebelum membuat pelaburan balak itu,” kata Shaiful Hazizy.

    Beliau berkata sebelum melakukan pelaburan, kerajaan Pas sepatutnya merujuk kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan untuk melabur yang akhirnya mengalami kerugian berjumlah jutaan ringgit.

    Shaiful Hazizy berkata SPRM perlu menyegerakan siasatan terhadap kes ini kerana tidak mahu rakyat Kedah berprasangka tidak baik terhadap kerajaan negeri sekarang.

  • Pemuda Perlu Tangkis Dakyah Pembangkang Putar Belit Isu Hak Sabah, Kata Salleh

    Pemuda Perlu Tangkis Dakyah Pembangkang Putar Belit Isu Hak Sabah, Kata Salleh

    Pemuda Perlu Tangkis Dakyah Pembangkang Putar Belit Isu Hak Sabah, Kata Salleh

    KOTA KINABALU, 13 Feb – Pimpinan Pergerakan Pemuda UMNO negeri diminta menjelaskan kepada rakyat di peringkat akar umbi mengenai hak dan kepentingan Sabah seperti yang terkandung dalam perlembagaan bagi mengelak mereka dikelirukan pihak tidak bertanggungjawab.

    Related: Pemuda UMNO Kedah Gesa SPRM Mulakan Siasatan Kes Balak Papua New Guinea

    Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Dr Salleh Tun Said Keruak ketika memberi peringatan itu berkata, langkah itu penting memandangkan ada pihak-pihak tertentu cuba memutarbelitkan isu hak dan kepentingan Sabah untuk mencari keuntungan politik.

    Beliau berkata Pemuda UMNO perlu bersikap proaktif dalam mempertahankan hak-hak Sabah sebagaimana termaktub semasa pembentukan Malaysia dahulu.

    “Pergerakan Pemuda UMNO perlu dilihat berprinsip teguh dalam menghadapi isu ini kerana banyak pihak cuba memanipulasi soal hak Sabah ini bagi kepentingan politik mereka. Bukan bermaksud bersikap konfrontasi, tapi kita kena manfaatkan UMNO sebagai parti nasional untuk mempertahankannya,” katanya.

    Related: Taib Mahmud Letak Jawatan 28 Feb Ini, Adenan Satem Ketua Menteri Sarawak

    Beliau berkata demikian kepada rombongan Pergerakan Pemuda UMNO Sabah diketuai ketuanya, Mohd Yamani Hafiz Musa yang mengunjunginya di sini hari ini.

    Sebelum ini, pelbagai pihak membangkitkan isu ‘Sabah for Sabahan’ dan isu Perjanjian 20 Perkara untuk mempengaruhi pemikiran dan sentimen rakyat Sabah.

    Salleh yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah berkata Pemuda UMNO perlu sentiasa berada di hadapan dalam menangkis dakyah politik yang dimainkan pembangkang, menghadapi cabaran serta isu-isu semasa demi kelangsungan perjuangan.

    Menurutnya, sebagai anak muda dan kumpulan paling ramai dalam parti, pimpinan Pemuda tentunya lebih memahami denyutan nadi rakyat di peringkat akar umbi dan menjadi sebagai jambatan di antara rakyat dan kerajaan.

    Salleh berkata Pemuda UMNO Sabah di bawah kepimpinan Yamani Hafiz telah mengatur pelbagai program turun padang mendekati rakyat di peringkat akar umbi tetapi beliau mengingatkan supaya usaha itu dilakukan secara berterusan dan bukannya bermusim.

  • Taib Mahmud Letak Jawatan 28 Feb Ini, Adenan Satem Ketua Menteri Sarawak

    Taib Mahmud Letak Jawatan 28 Feb Ini, Adenan Satem Ketua Menteri Sarawak

    Taib Mahmud Letak Jawatan 28 Feb Ini, Adenan Satem Ketua Menteri Sarawak

    KUCHING, 12  Feb – Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini mengumumkan meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak berkuat kuasa 28 Feb dan akan digantikan oleh Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Tugas-Tugas Khas) Tan Sri Adenan Satem.

    Beliau berkata surat peletakan jawatannya telah diserahkan kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng hari ini.

    Related: Pemuda UMNO Kedah Gesa SPRM Mulakan Siasatan Kes Balak Papua New Guinea

    “Apabila saya memaklumkan kepada beliau (Tun Abang Muhammad Salahuddin) mengenai niat saya  (untuk meletak jawatan sebagai Ketua Menteri), beliau tiada bantahan,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadap Yang Dipertua Negeri Sarawak itu di Astana Negeri di sini.

    Beliau berkata nama Adenan yang juga anggota Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dicadangkan kepada Tun Abang Muhammad Salahuddin dan beliau bersetuju dan majlis angkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baharu akan diadakan pada 28 Feb.

    “Adenan mewakili satu bentuk perjanjian antara tiga calon (yang disebut-sebut mengantikan Taib sebagai Ketua Menteri),” katanya.

    Dua lagi calon ialah Timbalan Presiden PBB Datuk Amar Abang Johari Tun Openg dan Naib Presiden Kanan PBB Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

    Taib berkata pemilihan Adenan, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Tanjung Batu, sebagai penggantinya juga untuk memastikan Barisan Nasional negeri akan terus mengekalkan semangat berpasukan yang semakin utuh dalam kalangan mereka sejak beberapa tahun lepas.

    Beliau yakin dengan dasar-dasar sedia ada yang telah dibangunkan bersama-sama dan pasukan pemimpin yang akan bekerja dengan Adenan, Sarawak akan mampu meneruskan momentum pembangunan pesat pada masa depan.

    Related: Pemuda Perlu Tangkis Dakyah Pembangkang Putar Belit Isu Hak Sabah, Kata Salleh

    Taib, yang telah memegang jawatan Ketua Menteri sejak 1981 berkata beliau juga akan mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri Balingian yang diwakilinya susulan peletakan jawatannya itu.

    “Sebarang pilihan raya kecil selepas saya mengundurkan diri diserahkan untuk diputuskan oleh Ketua Menteri yang baharu (Adenan) dan mungkin ia akan menjadi tugas pertama beliau untuk merundingi semua rakan (parti-parti komponen) Barisan Nasional (mengenai) siapa yang akan mengisinya (kekosongan itu).

    “Saya tidak ada siapa yang mahu dicalonkan sebagai pengganti saya dan untuk bersikap adil, saya serahkannya kepada Ketua Menteri (yang baharu),” katanya.

  • Polemik Video Teresa Tidak Menyumbang Pembangunan Negara – Khairy

    Polemik Video Teresa Tidak Menyumbang Pembangunan Negara – Khairy

    Polemik Video Teresa Tidak Menyumbang Pembangunan Negara – Khairy

    KUALA LUMPUR 8 Feb – Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menepis dakwaan bahawa pergerakan itu tidak bersuara mengenai polemik isu klip video sempena Tahun Baharu Cina oleh pemimpin DAP, Teresa Kok.

    Menurut beliau Pemuda Wilayah Persekutuan antara yang pertama membuat laporan polis berhubung isu berkenaan dan sewajarnya polemik tersebut tidak seharusnya dibiarkan berlarutan.

    “Secara peribadi ‘bad comedy’……Sepatutnya beliau tidak merakamkan video seperti itu dan bagi saya tindakan untuk minta supaya dia ditampar dan diberikan tawaran wang ringgit untuk ditampar itu pun keterlaluan juga. Ye betul ramai marah…..dua-dua pun salah. Dalam masa yang sama, Pemuda Wilayah antara yang pertama buat laporan polis. Kalau kata Pemuda tak menyuarakan pun tak betul.

    “Ramai yang dah buat laporan polis…kenalah beri penjelasan. Kalau tak benda ini akan berlarutan. Benda ini tidak menyumbang kepada pembangunan negara.

    “Bagi jawapan apa hasil siasatan…jelaskan supaya kita tahu. Sampai tahap ada orang nak ‘sepok’ Teresa, saya tidak setuju….tidak mencerminkan agama Islam dan budaya Melayu. Kalau tanya saya, Teresa Kok punya Video pun tak betul, yang nak buat benda tu pun tak betul. Dua-dua tak betul.,” katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Aspirasi dan Kepimpinan Nasional bertemakan ‘Mengupayakan Generasi Malaysia’ di sini hari ini.

    Lebih 700 peserta yang terdiri daripada mahasiswa dalam dan luar negara serta para belia lain menyertai simposium berkenaan yang kali kedua diadakan. Kali pertama diadakan pada tahun lalu.

    Dalam perkembangan lain, Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata penamaan calon bagi 119 kerusi Parlimen Belia Malaysia (PBM) akan berlangsung akhir bulan ini sementara pengundian pula diadakan Mac ini, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

    Beliau berkata 200,000 belia berusia antara 18 hingga 40 tahun telah berdaftar sebagai pengundi dan proses pengundian itu akan berlangsung selama seminggu.

    “Persidangan pertama PBM dijangka diadakan pada April. Saya harap ramai calon akan bertanding, terutama belia yang tidak pernah terlibat dengan sebarang persatuan. Gunakan medium ini untuk membentuk kepimpinan,” katanya.

  • Kempen Ganas : Pembangkang Ibarat Cuba “Main Batu Sembunyi Tangan”

    Kempen Ganas : Pembangkang Ibarat Cuba “Main Batu Sembunyi Tangan”

    Kempen Ganas : Pembangkang Ibarat Cuba “Main Batu Sembunyi Tangan”

    KUALA LUMPUR, 11 Feb – Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Selangor telah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi sebarang kemungkinan di Pilihan Raya Kecil DUN Kajang dari 11 hingga 23 Mac ini termasuk presidenttoto gerakan-gerakan provokasi yang sememangnya sudah menjadi amalan pihak pembangkang pada setiap pilihanraya kecil yang diadakan.

    Ketuanya, Zainuri Datuk Zainal berkata belum kempen bermula pakatan pembangkang sudah pun mengeluarkan kenyataan-kenyataan direkturtoto berunsur provokasi kononnya Barisan Nasional (BN) dan Pemuda BN sendiri akan membuat keganasan pada tempoh waktu berkempen nanti.

    Related: Pemuda UMNO Kedah Gesa SPRM Mulakan Siasatan Kes Balak Papua New Guinea

    “Kita tak amalkan politik ganas ini, mereka sengaja mereka-reka cerita bahawa BN amal politik ganas ini semata-mata untuk muliatoto mengaburi mata rakyat bahawa BN terdesak untuk menang di DUN Kajang, tetapi kita juga nak beritahu, merekalah yang sebenarnya mengamalkan politik keganasan ini pada PRK atau PRU sebelum ini.

    “Justeru itu, tak payahlah guna taktik politik murahan dengan membuat tuduhan kepada pihak lain sedangkan rekod selama ini mastertoto menunjukkan merekalah yang mengamalkan politik ganas terutama apabila membabitkan PKR. Pada pilihan raya umum lalu, mereka jugalah yang telah menahan bas kilang kononnya membawa pengundi hantu.  Itu belum lagi sepanduk atau bahan kempen yang menjurus kepada unsur provokasi yang melampau” ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Klang.

    Jelas beliau lagi sudah menjadi amalan presidenttoto pakatan pembangkang yang sentiasa melempar tuduhan kepada BN sedangkan merekalah selama ini yang sentiasa mencetuskan suasana tidak tenteram pada setiap pilihanraya diadakan.

    Related: Pemuda Perlu Tangkis Dakyah Pembangkang Putar Belit Isu Hak Sabah, Kata Salleh

    “Kepada pembangkang kita ingatkan mereka usah ‘lempar batu sembunyi tangan’.  Jentera kita sudah bersedia untuk menangkis apa jua taktik kotor mereka di Kajang apatah lagi yang bertanding nanti ketua umum mereka yang cukup terkenal dengan permainan wayangnya. 

    “Kita yakin mereka sudah merancang sesuatu dan kita akan pastikan jentera kita tidak masuk dalam perangkap mereka. ,” tambahnya lagi.